Pages

Followers

Sunday, July 31, 2011

Oh tidak!!!

Apakah yang telah terjadi? adakah sesuatu yang buruk telah berlaku? Tidaklah buruk sangat tapi amat mengecewakan. Iya ka? Apa bendanya? Ya, untuk makluman hari ini hari pertama umat islam berpuasa dan juga hari ini adalah dugaan dan cobaan bermula. Namun saya telah diberikan dugaan dan cubaan terlebih awal, 2 hari sebelum itu saya telah didatangi haid dan sakit kepala telah menimpa. Jadi hari ini tidak lah dapat tunaikan ibadah yang ditunggu-tunggu setiap tahun ini. Mungkin besok atau pun lusa dapat lah saya tunaikannya.
Walaupun diri ini dalam keadaan belum suci untuk tunaikan ibadah puasa, saya tetap akan melatih diri untuk menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana, jika saya sudah mula berpuasa nanti saya akan rasa selesa untuk memulakan ibadah tersebut. Syukurlah setakat setengah hari ini, badan saya mampu bertahan untuk meneruskan puasa.
Namun yang amat kecewakan saya ialah kesakitan kepala saya masih belum lagi berkurangan. Nak makan ubat, tertinggal pula di rumah. Nak beli ubat, belum pula diberikan gaji. Apakan daya ini, tubuh badan terasa lemah menahan sakitnya, terasa pula kurus ketika ini heheee. Mungkin ketika ini dalam badan saya tengah memproses segala lemak yang ada untuk dijadikan tenaga hehee... jika demikianlah kejadian dalam badan saya, amat lah bersyukur hati ini. Selain dapat tenaga, saya juga dapat menjaga kerampingan tubuh badan ini yang beberapa bulan menyimpan lelemak yang tidak digunakan.
Kadang kala puasa ini mengajar kita bagaimana hendak menjaga tubuh badan kita dan juga kesihatan diri kita. Walaupun kita tidak sedarinya, namun kesan yang kita akan rasai pada penghujung bulan ramadhan nanti akan mengembirakan kita. Apatah lagi bagi orang yang menjaga pemakanan mereka, setiap kali sahur dan sungkai segala pemakanan diberikan pemerhatian. Ini diakui oleh jabatan kesihatan dan segala pakar-pakar kesihatan yang ada, sehinggakan yang bukan muslim juga mengikuti jejak kita untuk berpuasa demi menjaga kesihatan diri. Semoga mereka diberikan Hidayah dari-Nya amin.
Bagi mereka yang tidak menjaga pemakanan pada bulan puasa ini pula, mereka akan lebih kecewa kerana tahap kesihatan mereka lebih teruk daripada hari-hari biasa. Selalunya, mereka seperti demikian akan membeli atau memasak makanan yang lahir daripada nafsu kelaparan, dan mereka melebih-lebih dalam penyediaan makanan tersebut daripada menjalankan ibadah sampingan pada bulan puasa. Kadang kala, mereka berbelanja lebih pada bulan ini berbanding bulan-bulan sebelumnya sehingga mereka meminjam daripada perusahaan mereka sendiri. Adakah ini baik untuk kesihatan? bagi saya ini akan menambahkan lagi penyakit yang sedia ada. Sepatutnya, pada bulan ini kita akan mengurangkan pembelanjaan kerana kurangnya masa kita untuk melakukan perkara yang selalu kita lakukan. Dan membuatkan minda kita rehat dari memikirkan perkara-perkara yang memeningkan atau menyesakkan otak. Jika pembaziran berlaku, stress akan berlaku juga, jangan lah anda baca di mana-mana, anda juga mengalaminya sendiri, keluarga anda alaminya juga. Jika demikian bersederhana lah anda ketika atau bila anda menjalani ibadah puasa ini.

Wednesday, July 27, 2011

Makanan Vitamin Tambahan

Kesibukan untuk menguruskan kehidupan setelah berkeluarga memang suatu cabaran untuk seorang wanita, apatah lagi kalau tinggal bersama keluarga mentua, segala perkara perlu dilakukan dengan berhati-hati bukannya sesuka hati. Jika mempunyai seorang anak, seorang wanita itu perlu membahagikan masanya dengan penuh dedikasi. Jika ada lebih dari seorang? Anda lihat sendiri bagaimana ibu anda atau kakak atau kakak ipar anda menguruskan keluarga mereka. Selain faktor bekerja tidak tentu, faktor cuaca pada zaman sekarang juga telah berubah. Cuaca yang selalu bertukar-tukar menyebabkan imunisasi badan menjadi kurang, dan sering sakit seperti demam dan selsema. Jika seseorang itu bekerja, terpaksa la dia mengambil cuti tanpa gaji. Jika dia sebagai surirumah, segala pekerjaan dalam rumah tidak dapat diselesaikan dengan sempurna. Maka makanan tambahan perlu diambil untuk menambah tahap imunisasi dalam badan dan menahan segala penyakit yang mendatang. Yang bekerja di pejabat dapat menumpukan kerjanya, yang surirumah dapat selesaikan kerja-kerja dirumah dengan lebih selesa.


Selalu makanan tambahan yang diambil oleh kebanyakan wanita di Malaysia ini ada sejenis tablet (ubat biji) Vitamin C. ia didapati di setiap farmasi dan harganya juga berpatutan dan bersesuaian dengan mereka yang memerlukannya. Saya juga ada mengambil sejenis Vitamin C, yang berjenama  Vitahealth  dan ianya mengandungi  TRN Bioflavonoids Vitamins C 1000 Plus Zinc. Anda boleh mencari vitamin ini di farmasi tingkat paling bawah Centre Point, Sabah.Vitamin ini adalah vitamin larut air penting untuk tulang yang sihat, gigi, gusi serta keseluruhan tubuh badan. Zink pula merupakan mineral surih yang penting untuk membantu metabolis (menguraikan) karbohidrat, lemak dan protien dalam badan kita. Vitamin ini boleh dianggap sebagai diet tambahan seharian kita.Cara pengambilan untuk vitamin ini adalah dengan memakan sebiji dalam sehari selepas makan. tidak mengira makan sarapan atau pun makan malam. Namun yang pentingnya perlu selarikan waktunya, seperti jika anda makan vitamin ini pada hari ini selepas makan sarapan, esoknya dan seterusnya perlulah selepas sarapan pula. Jika anda memakan vitamin ini selepas makan malam atau tengahari, esoknya dan seterusnya perlulah diselarikan dengan waktu hari ini.


Mungkin anda mempunyai pengalaman atau pernah mengambil suplemen seperti ini untuk menambah kualiti hidup anda. Mungkin anda boleh kongsikan bersama dengan pembaca-pembaca yang lain. Hal ini kerana, setakat ini saya tidak mengalami kesan yang buruk selepas memakan vitamin ini, dan mungkin anda pernah mengalaminya dan kongsikan bersama. Tujuan saya ini juga adalah ingin berikan infomasi kepada anda semua kerana sebelum ini saya juga mengalami kesihatan yang tidak menentu dan mengganggu pekerjaan. Selepas mengambil vitamin tersebut, dan di telan setiap hari, saya tidak lagi mengalami sakit-sakit seperti demam. Anda yang tidak pernah mencuba, boleh mencuba sekali, anda akan rasa kesan yang positif. Dan jangan lupa kongsi kan kepada teman-teman, keluarga ataupun jiran-jiran anda.


p/s: Kesihatan perlu dijaga demi menjalani kehidupan yang ceria.

Monday, July 4, 2011

Alamak!!!! Belum Turun lagi..

Apa yang belum turun ni? pasti anda hendak tahu bukan apa cerita yang sebenarnya. Ini bukan sekadar sebuah cerita, ianya sebuah masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia malahan seluruh dunia, iaitu mengenai berat badan. Pada zaman sekarang, ada perkara yang senang dilakukan dan yang susah dilakukan, itupun bergantung kepada seseorang yang mengalaminya dan bagaimana dia tangani permasalahan tersebut. Begitu juga dengan berat badan, terdapat segelintir orang senang untuk turunkan berat badan tanpa belajakan banyak wang ringgit, namun ada orang yang berbelanja lebih pergi ke gim untuk bersenam kurangkan berat badan, namun berat badan masih kekal ataupun bertambah. 
Pagi ini saya ada membeli Majalah Wanita, saya memang suka membaca namun kalau bab menulis artikel atau sebuah diari memang suatu yang baru bagi saya. Tapi kadang-kadang saya terfikir ke mana saya hendak simpankan atau bagaimana saya mahu kongsikan pembacaan saya ini. Oleh itu, tercipta la blog ini. Sambung kepada topik asal, dalam kandungan majalah tersebut terdapat banyak informasi yang boleh dikongsikan bersama, di sini saya tekankan kepada kesihatan badan. Dimana kesihatan ini lebih penting dan lebih utama sebelum melakukan sesuatu.


Berat badan susah mahu turun atau kurang... mungkin ini adalah antara penyebabnya...
-KURANG BERGERAK-banyak masa terluang yang ada seperti menonton television.. membaca majalah ketika berada di rumah.. di office.. kerja anda hanya didepan komputer.
-MAKAN TERLALU BANYAK-Bila seseorang yang kurang bergerak di tambah lagi asyik makan.. maka berat tidak akan berkurang...bertambah ada maybe hehe...
-MAKAN SAMBIL BERDIRI-ini dikaitkan dengan makanan sampingan seperti keropok2, wafle, aiskrim ketika berjalan2 atau bershoping... makan bila lapar sahaja.. hee
-SERING MENGUNYAH-Makanan sampingan seperti kekacang boleh kurangkan rasa lapar.. namun pemilihan makanan sampingan akan menambah kalori..
-TIDAK TAHU KUANTITI MAKANAN YANG DIMAKAN- nilai kalori pada makanan yang dimakan.. di katakan mee goreng lebih tinggi kalori dari nasi kosong... mulai sekarang saya kurangkan makan mee goreng di waktu sarapan...

TIP untuk lebih cepat untuk kurangkan berat adalah yg utama CEGAH NAFSU MAKAN BERLEBIHAN..
sampingan yang perlu di lakukan seharian..
- MINUM AIR 8-10 GELAS-
-MAKAN DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT DARI KEBIASAAN-
-JANGAN LEWATKAN WAKTU MAKAN-
-KURANGKAN MAKANAN YANG BERLEMAK DAN TINGGI GULA-
-LEBIHKAN MAKANAN BERSERAT-
-MAKAN DI RUMAH-

p/s: Utamakan kesihatan untuk masa hadapan.

Sunday, July 3, 2011

TRANSFORMER: The dark of Moon...

SuaTu Kisah DI JamBatan AntaRa Dua HaTi: TRANSFORMER: The dark of Moon...: "Transformer.. the dark of moon... Cerita ni bukan mengenai bulan sepenuhnya.. cuma mengenai ship transformer terhempas di bulan bertahun2 ..."

Blogger templates