Pages

Followers

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Pelbagai juadah yang akan di hidangkan sempena menjelangnya bulan Syawal ini.. di mana seluruh umat islam sedunia menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Namun kesihatan diri perlu dijaga.. bagaimana anda hendak menjaga kesihatan ketika berpuasa.??? DI bawah adalah antara tips untuk menjaga kesihatan ketika beraya... semoga kita dapat manfaat dari.. anda juga boleh melihat penerangan penuh di Tips Ketika berhari raya.

Pertama - Ketika berkunjung ke rumah teman dan saudara, minum lah air kosong kerana ianya zero kalori.
Kedua - Jika rumah yang anda ingin kunjungi itu tidak jauh dari tempat anda, lebih baik berjalan kaki sahaja, kerana ianya akan membakar kalori yang kita sudah ambil sebelumnya.
Ketiga - Melayani tetamu juga adalah satu senaman, kerana ia akan buatkan anda bergerak sentiasa, dan juga mengeratkan silaturrahim antara teman dan saudara.
Keempat - Hindari perut dari kosong, hal ini kerana jika anda makan, anda akan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Jika senantiasa makan, namun ianya dalam kuantiti yang sedikit.
Kelima - Niat untuk merasa. Terlalu banyak makanan yang baru anda nampak, jangan diambil dalam kuantiti yang banyak pula, kerana makanan lain anda belum lagi rasa. Oleh demikian ambil lah sedikit-sedikit sahaja setiap hidangan.
Keenam - Menilai kalori hidang. Anda perlulah kurangkan mengambil hidangan yang mempunyai lebih baynak kalori.
Ketujuh - Lebihkan hidangan yang berprotien tinggi, kurangkan hidangan yang berkabohidrat tinggi.
Kelapan - Makan la secara perlahan-lahan, anda tidak akan ketinggalan untuk kerumah lain. Raya kan sebulan.
Kesembilan - Kunya chewing-gum ketika dalam perjalanan kerumah seterusnya untuk merehatkan mulut dari memakan makanan yang lain.
Kesepuluh - Menolak tawaran, bukan untuk melebih-lebih atau memilih. Alasan anda semestinya kenyang ataupun nak jaga kesihatan.


*Jika ada penerangan yang tidak menepati mohon ampun dan maaf... Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin.

Monday, August 15, 2011

Puasa dan demam

Berpuasa di bulan Ramadhan amat berbeza dengan berpuasa di bulan lain... kerana semua orang akan berpuasa pada bulan ini dan kita kurang dipengaruhi oleh teman-teman yang tidak berpuasa mahupun yang bukan beragama islam, kerana mereka memahami dan hormat pada bulan puasa ini. Kadang kala mereka ikut serta berpuasa seperti mana kita berpuasa. Itu pun kerana kedai makan kegemaran mereka tutup di siang hari.
Jika berpuasa di bulan lain, jika bukan teman yang mengajak makan, jika melalui jalan ada sahaja bau masakan dari kedai makan. Maka tergoda la si polan yang berpuasa ini, dah la lapar, masakan kegemaran lagi di masak kat restoran tu, akhirnya yang tidak kuat imannya akan tewas melawani nafsunya. Itu cerita berpuasa bagi orang yang sihat, bagaimana pula puasa bagi orang yang kurang sihat. Seperti demam, sakit perut dan sebagainya. Apa yang saya alami juga ada kaitannya dengan kesihatan dan puasa ini. Semenjak dua menjak ini, badan saya terasa lemah dan rasa demam dan juga sakit di pangkal rahim. Kalau sakit hendak buang air besar tu saya tahu rasanya, ianya sakit di bahagian usus... dan sekarang ini perut saya seperti dipenuhi angin, kembung semacam. Kalau dikatakan saya ini akan didatangi period, baru 2 minggu lalu saya habis  period, macam mana pula datang pada pertengahan bulan ini.
Perkara ini yang menghantui setiap kali saya sakit perut atau sakit di bahagian rahim tu, kalau bukan sakit nak buang air, tentunya sakit yang lain. Maybe ini ada kena mengena dengan baby. baby??? Adakah ia telah muncul?? kalau ada baby kata suami saya tentunya dah muntah-muntah, tapi tanda-tanda tu masih tak ada. Ada beberapa masalah yang saya hadapi lagi. Jika hendak duduk dari pembaringan, saya perlu mengiring dahulu sebelum duduk. Jika saya terus duduk, pangkal rahim sakit. Tidur pula nyenyak, seperti kepenatan yang amat. Buah dada pula kadang kala sakit semacam. Apakah yang perlu saya lakukan? Saya bercadang pada hujung minggu sabtu atau ahad, saya pergi ke klinik insyallah.
Moga apa yang terjadi terhadap diri ini ada hikmah di sebaliknya... amin!!!

Wednesday, August 10, 2011

Vitamin... hmmm Vitamin

Adakah Vitamin yang anda beli berkesan dengan baik untuk anda?... atau sebaliknya... Vitamin apa yang anda gunakan? Adakah vitamin c sahaja? atau pun vitamin lain atau anda mengambil pelbagai jenis makanan tambahan.. Adakah ia baik untuk badan anda? Apakah kebaikannya?...
Sebelum dan sekarang ini saya mengambil vitamin c untuk menguatkan tahap imunisasi badan saya.. setiap hari selepas sahur atau sungkai saya akan menelan sebiji tablet, kadang kala kalau terasa lemah sangat saya akan memakan 2 biji tablet. Baru-baru ini saya jatuh sakit, demam dan sakit kepala. Setelah saya keluarkan peluh saya rasa badan bertenaga untuk bergerak. Dalam pendapat saya, mungkin kerana puasa ini saya kurang minum air yang menyebabkan saya jatuh sakit. Pada pendapat anda ia di sebabkan apa?
Itu la yang selalu dikatakan orang, yang kita tidak sedar. Bahawa Allah s.w.t itu Maha Kuasa, walaupun kita berusaha untuk sesuatu kebaikan, kalau Allah s.w.t itu berikan kita kesusahan, kita tetap akan hadapinya. Dan jangan kita mengeluh sedikit pun, kita perlu lah bersyukur kerana Allah s.w.t telah kurangkan sedikit dosa kita supaya kita tidak hadapinya di akhirat kelak.

p/s: Kesihatan tonggak utama jalani kehidupan yang aman.

Blogger templates