Pages

Followers

Wednesday, August 10, 2011

Vitamin... hmmm Vitamin

Adakah Vitamin yang anda beli berkesan dengan baik untuk anda?... atau sebaliknya... Vitamin apa yang anda gunakan? Adakah vitamin c sahaja? atau pun vitamin lain atau anda mengambil pelbagai jenis makanan tambahan.. Adakah ia baik untuk badan anda? Apakah kebaikannya?...
Sebelum dan sekarang ini saya mengambil vitamin c untuk menguatkan tahap imunisasi badan saya.. setiap hari selepas sahur atau sungkai saya akan menelan sebiji tablet, kadang kala kalau terasa lemah sangat saya akan memakan 2 biji tablet. Baru-baru ini saya jatuh sakit, demam dan sakit kepala. Setelah saya keluarkan peluh saya rasa badan bertenaga untuk bergerak. Dalam pendapat saya, mungkin kerana puasa ini saya kurang minum air yang menyebabkan saya jatuh sakit. Pada pendapat anda ia di sebabkan apa?
Itu la yang selalu dikatakan orang, yang kita tidak sedar. Bahawa Allah s.w.t itu Maha Kuasa, walaupun kita berusaha untuk sesuatu kebaikan, kalau Allah s.w.t itu berikan kita kesusahan, kita tetap akan hadapinya. Dan jangan kita mengeluh sedikit pun, kita perlu lah bersyukur kerana Allah s.w.t telah kurangkan sedikit dosa kita supaya kita tidak hadapinya di akhirat kelak.

p/s: Kesihatan tonggak utama jalani kehidupan yang aman.

Blogger templates