Pages

Followers

Sunday, July 31, 2011

Oh tidak!!!

Apakah yang telah terjadi? adakah sesuatu yang buruk telah berlaku? Tidaklah buruk sangat tapi amat mengecewakan. Iya ka? Apa bendanya? Ya, untuk makluman hari ini hari pertama umat islam berpuasa dan juga hari ini adalah dugaan dan cobaan bermula. Namun saya telah diberikan dugaan dan cubaan terlebih awal, 2 hari sebelum itu saya telah didatangi haid dan sakit kepala telah menimpa. Jadi hari ini tidak lah dapat tunaikan ibadah yang ditunggu-tunggu setiap tahun ini. Mungkin besok atau pun lusa dapat lah saya tunaikannya.
Walaupun diri ini dalam keadaan belum suci untuk tunaikan ibadah puasa, saya tetap akan melatih diri untuk menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana, jika saya sudah mula berpuasa nanti saya akan rasa selesa untuk memulakan ibadah tersebut. Syukurlah setakat setengah hari ini, badan saya mampu bertahan untuk meneruskan puasa.
Namun yang amat kecewakan saya ialah kesakitan kepala saya masih belum lagi berkurangan. Nak makan ubat, tertinggal pula di rumah. Nak beli ubat, belum pula diberikan gaji. Apakan daya ini, tubuh badan terasa lemah menahan sakitnya, terasa pula kurus ketika ini heheee. Mungkin ketika ini dalam badan saya tengah memproses segala lemak yang ada untuk dijadikan tenaga hehee... jika demikianlah kejadian dalam badan saya, amat lah bersyukur hati ini. Selain dapat tenaga, saya juga dapat menjaga kerampingan tubuh badan ini yang beberapa bulan menyimpan lelemak yang tidak digunakan.
Kadang kala puasa ini mengajar kita bagaimana hendak menjaga tubuh badan kita dan juga kesihatan diri kita. Walaupun kita tidak sedarinya, namun kesan yang kita akan rasai pada penghujung bulan ramadhan nanti akan mengembirakan kita. Apatah lagi bagi orang yang menjaga pemakanan mereka, setiap kali sahur dan sungkai segala pemakanan diberikan pemerhatian. Ini diakui oleh jabatan kesihatan dan segala pakar-pakar kesihatan yang ada, sehinggakan yang bukan muslim juga mengikuti jejak kita untuk berpuasa demi menjaga kesihatan diri. Semoga mereka diberikan Hidayah dari-Nya amin.
Bagi mereka yang tidak menjaga pemakanan pada bulan puasa ini pula, mereka akan lebih kecewa kerana tahap kesihatan mereka lebih teruk daripada hari-hari biasa. Selalunya, mereka seperti demikian akan membeli atau memasak makanan yang lahir daripada nafsu kelaparan, dan mereka melebih-lebih dalam penyediaan makanan tersebut daripada menjalankan ibadah sampingan pada bulan puasa. Kadang kala, mereka berbelanja lebih pada bulan ini berbanding bulan-bulan sebelumnya sehingga mereka meminjam daripada perusahaan mereka sendiri. Adakah ini baik untuk kesihatan? bagi saya ini akan menambahkan lagi penyakit yang sedia ada. Sepatutnya, pada bulan ini kita akan mengurangkan pembelanjaan kerana kurangnya masa kita untuk melakukan perkara yang selalu kita lakukan. Dan membuatkan minda kita rehat dari memikirkan perkara-perkara yang memeningkan atau menyesakkan otak. Jika pembaziran berlaku, stress akan berlaku juga, jangan lah anda baca di mana-mana, anda juga mengalaminya sendiri, keluarga anda alaminya juga. Jika demikian bersederhana lah anda ketika atau bila anda menjalani ibadah puasa ini.

Blogger templates