Kesibukan untuk menguruskan kehidupan setelah berkeluarga memang suatu cabaran untuk seorang wanita, apatah lagi kalau tinggal bersama keluarga mentua, segala perkara perlu dilakukan dengan berhati-hati bukannya sesuka hati. Jika mempunyai seorang anak, seorang wanita itu perlu membahagikan masanya dengan penuh dedikasi. Jika ada lebih dari seorang? Anda lihat sendiri bagaimana ibu anda atau kakak atau kakak ipar anda menguruskan keluarga mereka. Selain faktor bekerja tidak tentu, faktor cuaca pada zaman sekarang juga telah berubah. Cuaca yang selalu bertukar-tukar menyebabkan imunisasi badan menjadi kurang, dan sering sakit seperti demam dan selsema. Jika seseorang itu bekerja, terpaksa la dia mengambil cuti tanpa gaji. Jika dia sebagai surirumah, segala pekerjaan dalam rumah tidak dapat diselesaikan dengan sempurna. Maka makanan tambahan perlu diambil untuk menambah tahap imunisasi dalam badan dan menahan segala penyakit yang mendatang. Yang bekerja di pejabat dapat menumpukan kerjanya, yang surirumah dapat selesaikan kerja-kerja dirumah dengan lebih selesa.
Selalu makanan tambahan yang diambil oleh kebanyakan wanita di Malaysia ini ada sejenis tablet (ubat biji) Vitamin C. ia didapati di setiap farmasi dan harganya juga berpatutan dan bersesuaian dengan mereka yang memerlukannya. Saya juga ada mengambil sejenis Vitamin C, yang berjenama Vitahealth dan ianya mengandungi TRN Bioflavonoids Vitamins C 1000 Plus Zinc. Anda boleh mencari vitamin ini di farmasi tingkat paling bawah Centre Point, Sabah.Vitamin ini adalah vitamin larut air penting untuk tulang yang sihat, gigi, gusi serta keseluruhan tubuh badan. Zink pula merupakan mineral surih yang penting untuk membantu metabolis (menguraikan) karbohidrat, lemak dan protien dalam badan kita. Vitamin ini boleh dianggap sebagai diet tambahan seharian kita.Cara pengambilan untuk vitamin ini adalah dengan memakan sebiji dalam sehari selepas makan. tidak mengira makan sarapan atau pun makan malam. Namun yang pentingnya perlu selarikan waktunya, seperti jika anda makan vitamin ini pada hari ini selepas makan sarapan, esoknya dan seterusnya perlulah selepas sarapan pula. Jika anda memakan vitamin ini selepas makan malam atau tengahari, esoknya dan seterusnya perlulah diselarikan dengan waktu hari ini.
Mungkin anda mempunyai pengalaman atau pernah mengambil suplemen seperti ini untuk menambah kualiti hidup anda. Mungkin anda boleh kongsikan bersama dengan pembaca-pembaca yang lain. Hal ini kerana, setakat ini saya tidak mengalami kesan yang buruk selepas memakan vitamin ini, dan mungkin anda pernah mengalaminya dan kongsikan bersama. Tujuan saya ini juga adalah ingin berikan infomasi kepada anda semua kerana sebelum ini saya juga mengalami kesihatan yang tidak menentu dan mengganggu pekerjaan. Selepas mengambil vitamin tersebut, dan di telan setiap hari, saya tidak lagi mengalami sakit-sakit seperti demam. Anda yang tidak pernah mencuba, boleh mencuba sekali, anda akan rasa kesan yang positif. Dan jangan lupa kongsi kan kepada teman-teman, keluarga ataupun jiran-jiran anda.
p/s: Kesihatan perlu dijaga demi menjalani kehidupan yang ceria.
Pages
Nak tengok apa?
2012
27 simple sentences
air
buncit
cuaca
curang
family
fibroid
friends
Fun...hahahah
happy
Hari raya
hati
islam
isteri
kanser
kanser rahim
kehamilan
kempis perut
kesihatan
kesihatanku
laugh
life
lucu
makanan
mentua
MIL
nestum
pembersihan hidung
penyakit
perasaan
petua
puasa
rahim
sihat dari segi perhubungan
smile
Solah
suami
suami curang
thankful
tidur
video
Vitamin C