Pages

Followers

Monday, August 15, 2011

Puasa dan demam

Berpuasa di bulan Ramadhan amat berbeza dengan berpuasa di bulan lain... kerana semua orang akan berpuasa pada bulan ini dan kita kurang dipengaruhi oleh teman-teman yang tidak berpuasa mahupun yang bukan beragama islam, kerana mereka memahami dan hormat pada bulan puasa ini. Kadang kala mereka ikut serta berpuasa seperti mana kita berpuasa. Itu pun kerana kedai makan kegemaran mereka tutup di siang hari.
Jika berpuasa di bulan lain, jika bukan teman yang mengajak makan, jika melalui jalan ada sahaja bau masakan dari kedai makan. Maka tergoda la si polan yang berpuasa ini, dah la lapar, masakan kegemaran lagi di masak kat restoran tu, akhirnya yang tidak kuat imannya akan tewas melawani nafsunya. Itu cerita berpuasa bagi orang yang sihat, bagaimana pula puasa bagi orang yang kurang sihat. Seperti demam, sakit perut dan sebagainya. Apa yang saya alami juga ada kaitannya dengan kesihatan dan puasa ini. Semenjak dua menjak ini, badan saya terasa lemah dan rasa demam dan juga sakit di pangkal rahim. Kalau sakit hendak buang air besar tu saya tahu rasanya, ianya sakit di bahagian usus... dan sekarang ini perut saya seperti dipenuhi angin, kembung semacam. Kalau dikatakan saya ini akan didatangi period, baru 2 minggu lalu saya habis  period, macam mana pula datang pada pertengahan bulan ini.
Perkara ini yang menghantui setiap kali saya sakit perut atau sakit di bahagian rahim tu, kalau bukan sakit nak buang air, tentunya sakit yang lain. Maybe ini ada kena mengena dengan baby. baby??? Adakah ia telah muncul?? kalau ada baby kata suami saya tentunya dah muntah-muntah, tapi tanda-tanda tu masih tak ada. Ada beberapa masalah yang saya hadapi lagi. Jika hendak duduk dari pembaringan, saya perlu mengiring dahulu sebelum duduk. Jika saya terus duduk, pangkal rahim sakit. Tidur pula nyenyak, seperti kepenatan yang amat. Buah dada pula kadang kala sakit semacam. Apakah yang perlu saya lakukan? Saya bercadang pada hujung minggu sabtu atau ahad, saya pergi ke klinik insyallah.
Moga apa yang terjadi terhadap diri ini ada hikmah di sebaliknya... amin!!!

Blogger templates