Pages

Followers

Thursday, August 3, 2023

Diari bersama MIL

3hb Ogos

Ketenangan hati tu Ya dan Tidak.

Ya. Kerana jarang sudah mendengar makian dari mak mentua. Sebelum ini, hampir setiap hari. Asal saja nampak kelibat saya, mesti mulutnya mula bising. Bila ada anaknya, mulut mama ni saja hat tapi hati baik, katanya. 

Mungkin kerana mama takut ditinggalkan lagi? Maybe. Sebab sebelum ini saya bagi pengajaran baginya dan anaknya. Saya tidak tahan mama tu asyik menghalau kami dari rumah ni, saya realisasikan. Dalam 7 bulan di rumah kakak. Jika tiada saya, makan dia tidak terjaga. Tinggal seorang disiang hari.

Syukur juga lah. Anxiety saya berkurangan. Tidak seperti sebelum ini. Bangun saja, risau yang amat sangat. Nak ke tandas pun risau sehingga kepala sakit. Harap kan laki, sama saja perangai anak dan mak. Saya yang tertekan.

Tapi ketenangan hati ini masih runsing. Runsing dengan kesihatan dan keadaan mak sekarang. Ya, dia alami vertigo. Dia alami anxiety juga. Tapi puncanya dari diri dia sendiri.

Mama nak ada orang dekat dengannya. Tapi mulutnya asyik menyakiti hati orang. Jadi siapa mahu dekat dengan dia. Semua anaknya dia buruk kan. Tidak mahu anaknya bersama-sama. Hanya satu yang dia mahu, sebenarnya. Duit. Ya, saya amati selalu. Hanya duit sahaja dia mahukan. Duit pencen arwah mentua laki dia sentiasa ingat. Dia puji anaknya bila memberi duit. Pernah kena scammer sebelum ni. RM 2k juga habis. 

Kalau dinasihatkan, keras kepala. Tidak mahu dengar. Mama fikir dia saja seorang yang betul. Sekarang masih begitu. Diberitahu tidak mahu dengar, padahal nanti akan menyusahkan orang lain pula. Badan dia sekarang kurang kudrat. Nak bantu dia mandi, dia tak mahu. Malu? Saya pun tidak pasti. Ini yang buat saya runsing. Nak tolong dia tak terima pertolongan. Dia tak percaya kot. Ya memang pun. Dia tidak percayakan orang lain. 

Banyak lagi kisah perangai mentua ni. Antara kesihan dan meluat sahaja sekarang ni. Keikhlasan itu, biarkan Allah swt sahaja yang ukur. Hanya Allah swt sahaja Maha Mengetahui segalanya, termasuk yang ada dalam hati ini.

No comments:

Post a Comment

Blogger templates