Pages

Followers

Monday, October 10, 2011

Tidur lah wahai insan...

Hmm.. Adakah bagi anda tidur itu penting atau kurang penting atau tidak penting langsung? berapa lamakah anda tidur dalam sehari? 6 jam / 5 jam / 8jam / kurang dari 5 jam. Adakah tidur anda itu mencukupi untuk merehatkan badan anda atau sebaliknya. Atau ketika anda bangun dari tidur anda berasa segar atau anda merasakan keletihan? Apakah yang anda rasa.. di bawah ini saya akan kongsikan bersama anda satu gambar dari surat khabaar, mungkin anda pernah melihatnya tapi tidak membacanya, dan mungkin anda pernah membacanya...
 Adakah anda dapat membaca keratan akhbar di atas... ok jika tidak.. saya akan bantu anda anda hanya perlu baca kenyataan di bawah ini, jangan risau ianya sama kessemuanya dengan di atas...

KURANG TIDUR KURANG 6JAM BOLEH MEMBAWA MAUT
Kajian dapati semakin ramai tak cukup rehat malam
LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
"Bagaimanapun, ramai daripada kita mengganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menggangap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting," katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus mengidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.
"Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama 'bom jangka' kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu," kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.
Lelaki Berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. kajian ke atas 784 pesakit, yang disisarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain. Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
"Kajian yang berterusan menunjukkan semakin pendek tidur, semakin tinggi risiko mengalami obesiti. Orang ramai mengambil ringan soal tidur, jadi ia tidak mungkin membantu  menghilangkan berat badan, tetapi sebenarnya ia meningkatkan selera makan," kata pengerusi Forum Obesiti kebangsaan. Dr David haslam Agensi.

Setelah anda membaca kenyataan diatas, jangan lupa anda menilai diri anda sendiri dan juga keluarga. Jangan pula menilai hak orang lain pula sedangkan diri sendiri tidak diketahui.

Cerita lucu... Perumpamaan Mengorek hidung

Adakah mengorek hidung adalah salah satu daripada penjagaan kesihatan. Bagi saya YA!!!.. kenapa? sebab kita menjaga kebersihan hidung kita. Pernah suatu hari saya ternampak post teman-teman di facebook mengenai hidung dan kebersihan, dia  share video sekali. Mungkin video itu telah dirakam di India kerana nampaknya doktor dan pesakitnya orang India.. cerita mengenai video tersebut, lelaki ini meminta dikorek hidungnya dan doktor itu meletakkan kamera dan pengepit kecik untuk mengorek, dalam video itu kita boleh lihat isi-isi yang ada dalam hidungnya..Yaakkkk!!!!! itu yang terkeluar ketika si doktor menarik seekor demi seekor ulat dalam hidung, jika dikira mungkin lebih kurang 30 ekor ulat dalamnya. Jika kamu melihatnya tentu kamu akan rasa sesuatu dihidung kamu seperti bergerak-gerak hehehhe... itu hanya tindakan reflek hidung  kamu mencari adakah ulat demikian dalam hidung kamu heheheh
Ok teruskan dengan cerita pembersihan hidung, macam mana mengorek hidung dengan betul, tentulah dengan kapas yang untuk mengorek kotoran di telinga. Selain itu, adab-adab untuk mengorek hidung juga perlu dipatuhi seperti, jangan mengorek hidung di khalayak ramai, jika tidak dapat di rumah pergilah tandas awam untuk korek hidung itu. Namun jika tidak dapat tahan kegatalannya tutup lah dengan tangan sebelah ketika mengorek.
Saya nak kongsi satu cerita mengenai mengorek hidung ini namun ada terselit cerita lucah, tak payah tunggu lama-lama... baca sahaja post di bawah untuk senyum heheh
Korek Hidung
Jay: Pak, Betul ka make love itu best?
Bapa:Haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!
Jay:Tapi betul ka orang pompuan lagi rasa best?
Bapa:Kalau kamu korek hidung, hidung kamu ka jaari yang rasa best?
Jay:Tapi kenapa orang pompuan tak suka diperkosa?
Bapa:Kalau kamu jalan-jalan, tetiba ada orang nak korek hidung kamu... kamu suka tak?
Jay: Betul ka tak boleh buat tu masa datang bulan?
Bapa: Kalau hidung kamu berdarah, kamu nak korek juga ka?
Jay:Kenapa orang lelaki tak suka buat kalau pakai kondom?
Bapa: Kamu suka tak korek hidung masa pakai sarung tangan?
Jay: wahhhhh bapak ni pandailahhh....
Bapa::):):):)

p/s: Pemikiran anda stabil ka tidak sekarang ini hehehehheh

Blogger templates